Tips cermin berkabus

Musim-musim hujan ni mesti cermin kereta anda berkabus kan? Meh admin share petua untuk kurangkan atau hilangkan masalah ini.

Berikut adalah antara bahan-bahan yang bolleh digunakan untuk petua tersebut.

Dengan cara-cara berikut kabus pada cermin kereta anda hilang buat sementara waktu, bukan hilang buat selama-lamanya. Nak tahu menjadi ke tidak, cubalah yer!

 

Ubat gigi
Yer! Ubat gigi. Selama ni kita guna dia untuk gosok gigi je kan? Tapi tak sangka pula boleh bantu hilangkan kabus pada cermin kereta. Kena pakai berus gigi ke masa nak gosok kat cermin? Tak payah, jangan nak mengada-ngada. Ambil jer ubat gigi tu dan sapu sampai rata pada pada bahagian dalam cermin kereta sahaja.

 

Syampu
Syampu pun boleh guna juga ke? Boleh, kalau takde syampu minyak rambut cecair yang lutsinar pun boleh, jangan bantai gosok dengan pomade sudah la.
Cara-caranya adalah seperti berikut :
1. Sapukan syampu atau minyak rambut pada cermin dan gosok dengan rata. Sikit je cukup.
2. Lap dengan perlahan untuk menghilangkan kesan syampu atau minyak rambut pakai kertas surat khabar, tisu atau kain. Untuk kesan lebih menjadi disarankan untuk menggunakan kertas surat khabar.
 
Ubi kentang
Ingat ubi kentang boleh buat jejari kentang atau letak dalam kari ayam je ke? Ini ubi lah. Ubi kentang selain dibuat makanan boleh juga digunakan untuk menghilangkan kabus pada cermin kereta anda.
Cara-caranya adalah seperti berikut :
1. Belah dua ubi kentang dan pastikan ia dibersihkan terlebih dahulu.
2. Gosok bahagian dalam kentang yang dipotong tadi pada cermin kereta di sebelah dalam.
3. Jika perlu gunakan baki yang separuh lagi ubi kentang tu.
4. Dah siap gosok, jangan usik cermin tu, biarkan cermin tu kering dahulu. Kemudian, kalau ada sisa-sisa ubi kentang pada cermin, lap cermin itu dengan tisu kering.