Simbol dashboard kenderaan

Anda tahu akan makna simbol yang terpampang pada dashboard kenderaan anda?
Setiap simbol tersebut adalah tanda amaran bagi sistem kenderaan anda. Mengikut kajian 98% pemandu tidak mengenali simbol-simbol di dalam kenderaan mereka. Ramai yang masih keliru dengan tanda-tanda amaran seperti tekanan angin pada tayar dan juga amaran beg udara tidak berfungsi.
Di sini kami akan berkongsi antara simbol dashboard kenderaan untuk panduan bersama. Perlu diingat, setiap kereta tidak sama akan simbol tersebut. Lagi canggih kereta tersebut maka lagi banyak la simbol yang ada pada paparan dashboard kenderaan tersebut yang perlu difahami yea.

 

 

Antara simbol2 yang ada pada dashboard kenderaan anda

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bateri kereta
Jika simbol ini menyala, ini bermakna caj bateri semakin berkurangan. Kurangkan penggunaan kuasa bateri seperti penyaman udara, lampu dan radio. Bawa ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut. Boleh jadi juga alternator anda mengalami masalah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Brek tangan
Ada sesetengah kereta yang menggunakan huruf P sebagai menggantikan tanda seruan. Ingat, anda perlu menurunkan brek tangan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

 

 

 

 

 

 

 

Minyak enjin/minyak hitam
Lampu minyak enjin menyala untuk menandakan minyak yang semakin berkurangan. Sila bawa ke bengkel untuk memeriksa sama ada terdapat kebocoran.

 

 

 

 

 

 

 

Tali pinggang keledar

Simbol ini menyala untuk memberitahu yang anda perlu memakai tali pinggang keledar. Utamakan keselamatan!

 

 

 

 

 

 

 

Beg udara

Lampu ini hanya akan menyala untuk memberi amaran kerosakan pada beg udara (sekiranya kereta anda dilengkapi sistem beg udara). Segera bawa kenderaan anda ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.

 

 

 

 

 

 

 

Minyak dalam tangki
Ini mungkin simbol yang paling dikenali semua orang. Simbol ini menandakan minyak semakin berkurangan. Silalah ke stesen minyak dengan segera.

 

 

 

 

 

 

 

 

Amaran EMS (Engine Management System)
Jika simbol EMS ini menyala semasa memandu, segera bawa kenderaan anda ke bengkel. Ini mungkin masalah sensor kereta, sistem pendawaian atau suatu masalah yang lebih serius.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ABS (Advanced Braking System)

Sekiranya kenderaan anda dilengkapi dengan sistem ABS, bawa kenderaan ke bengkel dengan segera jika simbol ini menyala ketika anda sedang memandu.

 

 

 

 

 

 

 

Amaran lampu kabus
Simbol tersebut bermaksud lampu kabus di hadapan dan juga di belakang, ianya amat berguna khususnya di dalam persekitaran pemanduan yang berkabus, hujan lebat dan juga dalam keadaan yang tidak jelas, cahayanya yang terang juga b
oleh memastikan pemandu lain dapat menyedari kehadiran anda, dan dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini boleh berlaku.

 

 

 

 

 

 

 

Air pada wiper

Simbol ini adalah tanda paras air wiper anda mungkin kurang atau berada di bawah paras minimmum. sila periksa tangki air wiper anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

Pintu kereta

Salah satu pintu kereta mungkin tidak ditutup rapat. Periksa pintu kereta anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tekanan Tayar
Simbo ini tanda tekanan tayar anda tak sama balance. Mungkin ada tayar yang kurang angin. Namun tidak semua jenis kenderaa mempunyai simbol ini.

 

 

 

 

 

 

 

Automatic Shift Lock dan Engine Start Indicator 
Simbol ini tanda anda perlu menekan break untuk start enjin atau pun tukar ke neutral.
Ini bagi kenderaan yang tidak menggunakan break tangan.

 

 

 

 

 

 

Lampu amaran kawalan penstabil kenderaan
Ianya bermaksud TCS anda berada didalam mod pilihan Off – Tidak aktif. TCS bermaksud Traction Control System, iaitu sistem yang mengawal tayar anda daripada tergelincir dan juga memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan. Amat sesuai di dalam keadaan jalan basah dan licin terutamanya ketika hujan lebat, amatlah tidak di galakkan untuk sistem TCS ini dalam pilihan OFF ketika di dalam pemanduan pada jalan yang basah atau licin

 

 

 

Lampu suluh tinggi (main beam headlights)
Simbol ini kebiasaannya berw
arna biru pada papan pemuka kenderaan. Lampu ini boleh mem’buta’kan semua pemandu dan penunggang dari arah hadapan. Ia hanya boleh digunakan di kawasan yang sunyi dan tidak berlampu seperti kawasan hutan atau jalan kampung. Jangan sesekali menggunakan lampu ini ketika di atas lebuh raya.

 

 


www.autoroadtax.com.my
#autoroadtax
#renewroadtax
#rodtax
#insurans
#cepatmudahdanpantas
#berdesupsampai
#sharingiscaring
#simbolkereta